Nama Diana Danielle sememangnya sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanahair di negara kita. Nama beliau sering terpalit dengan kontroversi yang pelbagai. Terbaru beliau dikecam sekali lagi oleh ramai peminatnya.
Sebelum ini, Diana dilapor bergaduh dan tidak berbaik dengan ibu kandungnya dan terbaharu, pelakon cantik ini terpalit kontroversi apabila pakaian ketat yang dipakainya dikutuk sebilangan besar pengikutnya di laman sosial.
Ramai yang menegur t-shirt berkolar berwarna putih yang dipakainya kelihatan sangat ketat sehingga menampakkan susuk payudaranya selain kesan pakaian dalam yang dipakainya. Ternyata pakaian seperti ini tidak enak dipandang dan dipakai oleh seorang yang bergelar ibu.
Ada juga yang memberikan komen seolah-olah Diana bertelanjang dengan penampilannya ketika menjadi artis jemputan untuk program Meletop kelolaan Nabil Ahmad dan Neelofa, Selasa lalu.
0 comments:
Post a Comment