Thursday 4 September 2014
19:39 0

MESTI TENGOK! Gadis Cantik Ini Terjerumus Dalam Kancah Pelacuran


Gadis melayu dengan keterlanjuran dalam kancah maksiat berpisah tiada. Sesungguhnya perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana takut akan berleluasa.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun. Sedihnya apa yang menimpa kepada seorang gadis cantik ini seawal usia 21 sudah dijual untuk dijadikan tempat manusia melepaskan nafsu,

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya. Janganlah kita menjadi seperti kisah hidup gadis ini. Jangan mudah percaya dengan lelaki di sekeliling anda

0 comments:

Post a Comment