Saturday 16 August 2014
05:44 0

MESTI TAHU! Tips Untuk Menghentikan Tabiat Onani Bagi Lelaki


Perbuatan onani sememangnya terkenal di kalangan lelaki. Tipulah kalau seseorang lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak pernah melakukan onani dalam Hidupnya. Onani ini adalah dengan melakukan sedikit urutan di bahagian kemaluan yang akan menyebabkan seseorang lelaki itu terpancut.

Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.

Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani. Untuk mengelakkannya, anda perlu melakukan banyak perkara yang boleh menghalang anda daripada membuat perkara yang tidak berfaedah ini.

Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.

Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.
Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit. Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.

Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.
Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.

Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.

Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit.


Semoga dengan amalan ini, akan menjadikan anda menghentikan tabiat onani anda itu. Sesungguhnya terdapat jauh lagi banyak keburukan daripada kebaikan beronani ini. Janganlah kita membuat perkara yang tidak berfaedah ini.

0 comments:

Post a Comment