Wednesday 13 August 2014
19:46 0

GEMPAR! Presiden PAS Dedahkan Mengapa Tidak Mahu Wan Azizah


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi menjelaskan mengapa PAS tidak mahu menerima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru di Selangor.

Menurut beliau Wan Azizah hanya akan menjadi boneka kepada DS Anwar Ibrahim selepas beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata ramai yang menentang dengan pencalonan ini tetapi ramai juga yang menyokong Wan Azizah kerana sikap Wan Azizah yang begitu peramah dengan ramai orang.

Penjelasan itu diberikan beliau selepas mengadakan temu ramah khas dengan organ media rasmi parti, Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS tetap tidak akan menyokong Wan Azizah untuk jawatan itu kerana beliau terbukti lemah dan tidak banyak pengalaman dalam sebarang pentadbiran. Pakatan Rakyat sekarang berada di dalam dilema dalam pencalonan Menteri Besar Selangor yang baru.

Kenyataan itu kata beliau nyata ketika Wan Azizah memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Semoga keputusan dapat dicapai dan pilihan terbaik akan muncul. insyaAllah

0 comments:

Post a Comment