TERKINI! Mesti Tengok Kereta Satria Neo Terhumban Dari Jambatan yang Tinggi di Kemaman
CHUKAI, KEMAMAN : Terkini, sekitar pukul 5 petang tadi. Seorang pemuda yang memandu kenderaan Satria Neo dipercayai telah terhumban tinggi daripada Jambatan Bukit Kuang Kemaman yang baru sahaja mula beroperasi pada tahun ini. Kenderaan tersebut dipercayai di pandu laju dan terlanggar lori sebelum tercampak dari atas Jambatan Bukit Kuang yang tinggi itu sehingga menyebabkan kenderaan hancur. Bagaimanapun nasib menyebelahi pemandu Satria Neo apabila kenderaan tersebut jatuh di belakang kereta dahulu. Dikatakan bahawa Pemandu itu masih hidup dan dikejarkan ke Hospital. Sebelum ini juga terdapat banyak kemalangan maut yang berlaku di Jambatan Bukit Kuang ini. Kepada anda di Luar sana, Pandu selamat. Biar lambat asal selamat. Sekian
Credit to : Group Fb Bandar Cukai Kemaman
0 comments:
Post a Comment