Pada minggu lepas gempar kes berkenaan seorang budak yang terjatuh dari tingkat tujuh di shopping complex The Gardens Mid Valley. 31 Mei lalu, cuti persekolahan yang baru bermula mencatat sejarah pahit buat satu keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.
Berdasarkan siasatan dalaman termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.
Ketika itu mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.
Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.
Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan di P1 tempat Nur Emielda jatuh, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.
CPR segera dilakukan. Kakitangan perubatan bertugas turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.
Bagaimanapun Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.
Apa pun, tragedi sudah pun berlaku. Hanya iktibar yang dapat diambil daripada kejadian ini.
Benar malang tak berbau, namun awasilah anak-anak anda kerana mereka mungkin masih terlalu mentah untuk menyedari bahaya sekitar mereka. Apatah lagi tragedi melibatkan eskalator dan kanak-kanak bukan kes baru yang didengar.
Ini merupakan kemalangan yang pertama di catatkan oleh The Gardens yang baru sahaja lagi beroperasi tak sampai 2 tahun.
0 comments:
Post a Comment