Monday 16 June 2014
01:08 0

MESTI TENGOK! Lana Nordin Anggap isu Ditangkap tidak Puasa dan minum Ar@k sebagai lawak



Mazlina Hasan Nordin, 33, atau lebih dikenali sebagai Lana Nordin telah berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil. Baginya perkara ini sememangnya akan terjadi bagi seorang yang bergelar artis dan beliau bertindak dengan hanya buat tidak tahu sahaja.

"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata."

"Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa."
"Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya."

Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras, dipetik dari portal mStar.

"Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh minuman keras atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran."

0 comments:

Post a Comment