Orang ramai di Kota Bharu, Kelantan agak pelik apabila beberapa batang pokok kurma yang ditanam oleh pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu kini berbuah lebat.
Pokok kurma tersebut pada asalnya ditanam sekadar untuk menghiasi bandar tersebut sempena dengan gelaran Kota Bharu sebagai serambi Mekah.
Pokok-pokok kurma tersebut dijangka akan masak buahnya dan dapat dikutip untuk dimakan pada pengakhiran bulan Ramadhan nanti.
"Saya harap orang ramai tidak memetik buahnya, sebaliknya hanya mengambil yang telah gugur untuk dimakan" jelas setiausaha MPKB Rosnazli Amin.
0 comments:
Post a Comment