Sememangnya aplikasi perbualan yang ada pada hari ini memudahkan komunikasi orang ramai, tidak kiralah sesama keluarga, pasangan cinta, mahupun penjual dan pelanggan. Kadang kala perbualan mereka ini ada yang sangat melucukan.
Dalam nada yang sedikit berbeza, hari ini penulis ingin kongsikan satu perbualan seorang pekerja syarikat swasta yang begitu menjengkelkan. Di mana, pekerja ini berbual dengan seorang pereka grafik untuk menempak beberapa bahan media grafik untuk kegunaan syarikatnya.
Pada mulanya, si pekerja berlagak apabila ditanya mengenai peruntukan kewangan yang disediakan untuk tugas itu.
Ia adalah kerana, menurutnya syarikat tempat dia bertugas merupakan milik seorang yang bergelar ‘Datuk’ dan mereka mampu membayar berapa sahaja yang dikenakan ke atas syarikatnya.
Bagaimanapun, sikap berlagak dan menjengkelkan si pekerja itu mula kelihatan apabila mendapat tahu harga yang dikenakan baginya terlalu mahal bagi sebuah kerja untuk membuat lakaran grafik.
Dalam masa yang sama, harga yang dimahukan oleh pekerja swasta terbabit pula jauh terlalu murah dengan harga biasa yang dikenakan oleh pereka grafik itu.
Kesimpulannya atau pendek kata, pekerja swasta tersebut sememangnya agak menjengkelkan dalam berunding dengan seseorang berkaitan dengan harga sesuatu.
0 comments:
Post a Comment