Minggu lepas heboh seluruh negara apabila wanita bernama Zarena dikatakan berkahwin dan akan menganut agama Hindu. Ini bermakna Zarena akan menjadi seorang murtad dan akan menjadi penganut agama Hindu. Berikut merupakan beberapa alasan dan jawapan mengapa Zarena berbuat demikian. Jom baca di bawah !
“Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam. Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu
Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa.
Itulah perkara sebenar yang perlu diketahui oleh semua orang yang memperkatakan tentang isu ini.
0 comments:
Post a Comment