Sunday, 15 June 2014
06:14 0

MESTI BACA! Luahan Sayu Yang Menyentuh Hati Dari Pak Nil


Sedang insan lain bergembira dalam demam Piala Dunia 2014 di Brazil, siapa tahu selebriti yang amat dihormati tanah air, Aznil Haji Nawawi atau lebih manis dengan panggilan Pak Nil menyingkap luahan hatinya sempena hari bapa pada hari ini.

Mari kita baca apa yang tersirat kini tersurat dari Pak Niil:



"yah, Anil nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah yang sangat Anil sayang."

"Memang ketika2 seperti ini menyebabkan Anil terlalu rindu pd Ayah. Walaupun Ayah pernah marah tapi percayalah herdikan Ayah itulah yang Anil syukuri."

"Mungkin Ayah pernah berkecil hati dengan sikap Anil yg tak disengajakan tapi Anil tahu rajuk seorang Ayah tidak kekal lama. Bimbingan kehidupan penuh dengan falsafah yg sangat mendalam.

Semakin berusia Anil ini, semakin dalam pengertian pesan Ayah itu. Kini Anil pun adalah Papa kepada 3 cahayamata dan Anil syukuri kerana pesanan Ayah, Anil turuti dalam membimbing mereka.

Sememangnya pesanan itu tidak lapuk ditelan masa. Ampuni Anil Ayah dan Anil akan terus berdoa agar Ayah diletakkan bersama2 orang yang Soleh di sisi Tuhan SWT. Anil sayang dan rindu Ayah! Amin



Itulah nukilan yang menerkam hati semua pembaca daripada Pak Nil. Susunan perkatan yang begitu gratis ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam sememangnya, menyentap semua insan yang masih mempunyai ayah pada ketika ini. Sempena hari bapa ini, marilah kita sama-sama menghargai pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh bapa kepada kita. Father love can't be replace.

0 comments:

Post a Comment