Sunday 8 June 2014
19:13 0

GEMPAR! Pelakon Komedi Kritikal Dalam Kemalangan Ngeri



Dunia hiburan dunia pada awal pagi semalam telah digemparkan satu berita yang tidak diduga iaitu pelakon komedi, Tracy Morgan telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di mana limousin yang dinaiki oleh pelawak tersebut direumpuh oleh sebuah treler. Dia kini berada dalam keadaan kritikal dan kini bertarung untuk hidup.

Pelakon tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah persembahan komedi di Delaware bersama kawan-kawannya yang lain dengan menaiki limosin.

Teman rapat Tracy Morgan yang juga mentornya iaitu James NcNair meninggal dunia di situ juga.
Sementara itu Tracy Morgan serta pelawak, Ardie Fuqua Jr kini dirawat di Hospital Robert Wood Johnson dan dalam keadaan kritikal. 

Hasil siasatan mendapati, treler yang didatang kearah limosin tersebut dipandu terlalu laju dan pemandu treler tersebut gagal untuk memperlahankannya. Itulah yang menyebabkan perlanggaran itu berlaku.

0 comments:

Post a Comment