Kontroversi terus melanda artis comel tanah air ini, Nora Danish sejak kebelakangan ini. Terbaru dikatakan ada rakan-rakan artisnya yang telah mengkianatinya dari belakang.
"Saya tak kacau hidup mereka. Kalau betul (dakwaan), memang saya rasa dikhianati oleh kawan-kawan begitu.”
Itu luahan pelakon Nora Danish yang terkilan dengan dakwaan mengatakan beberapa rakan artis yang rapat dengannya selama ini dipercayai mulai menjauhkan diri kerana tidak menyenangi sikap aktres itu yang terlalu menonjolkan kisah peribadi termasuk hubungan cintanya dengan usahawan Nedim Nazri di media sosial.
Pelakon ini menambah lagi bahawa dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku. "Saya hanya mahukan hidup bahagia dan tidak diganggu oleh sesiapa." tambah pelakon yang membintangi drama bersiri "Puteri" pada suatu ketika dahulu.
0 comments:
Post a Comment