Tuesday 10 June 2014
05:39 0

GEMPAR! Mulut Murid Ditutup Pita Pelekat Kerana Banyak Cakap



Akibat mulut seperti burung murai, 'potpet potpet', seorang pelajar perempuan telah ditutup mulutnya dengan pita pelekat oleh seorang guru. Mulutnya ditutup selama 15 minit sebagai hukuman akibat tidak berhenti bercakap.

Itulah yang berlaku kepada Elise Smith yang berumur 11 tahun dari Sekolah William Allitt di Sawdlincote, Derbyshire.

Ayahnya, Marc Smith, berang dengan tindakan guru berkenaan lalu membuat aduan di sekolah itu, termasuk pihak berkuasa pendidikan tempatan.

Pengetua sekolah terbabit menganggap tindakan guru itu adalah tidak rasional sebagai seorang pendidik. Difahamkan guru tersebut telah memohon maaf kepada Elise Smith dan keluarganya.

Namun begitu, pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin kepada guru tersebut.

Bapa pelajar itu, Smith berkata, 
“Para pelajar sedang bercakap di dalam kelas dan diminta untuk diam, tetapi anak perempuan saya masih terus bercakap.
“Saya sedang bekerja ketika kejadian berlaku, tetapi anak perempuan saya memberitahu saya apabila saya pulang ke rumah dan saya terus pergi ke sekolah membuat aduan keesokan hari. Saya betul-betul marah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment