Thursday 12 June 2014
00:02 5

GEMPAR! Kejadian Aneh Berlaku di Malaysia Awal Pagi Tadi





Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. 
Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.

Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).


Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.
“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.
Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.

Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh  pekerja-pekerja Nepal tadi.


5 comments:

  1. Bahiyah ataupun aminah... komfius samada kejadian ni di kedah ataupun johor bahru...

    ReplyDelete
  2. Panggil raja bomoh vip...dia akan bawa mai geng bala tsunami mai jumpa nepal nie

    ReplyDelete
  3. Ape kaitan dgn gmbr atas tu?

    ReplyDelete