China- Amat memilukan mendengar kisah ini, di mana seorang ibu, Su Liu, 45, yang terlalu marahkan anaknya bertindak terjun bangunan untuk bunuh diri. Hal ini kerana, anaknya, Tingting itu bercinta dengan seorang lelaki yang permalas tambahan pula mereka hanya berkenalan menerusi internet.
Namun, umur Su Liu tidak berakhir di situ, dia masih hidup dan dirawat di hospital. Dia dijaga oleh Tingting sendiri di hospital.
Su Liu dikatakan tidak dapat mengawal perasaan marah lagi selepas desakannya agar Tingting memutuskan hubungan dengan lelaki itu, yang dikenali sebagai Fang gagal.
Malah Tingting bertindak lebih berani dengan menyewa sebuah rumah bersama Fang, tanpa pengetahuan Su Liu.
Sebaik sahaja Su Liu mendapat tahu mengenai perkara itu, dia terus menyerbu ke rumah anaknya.
Mereka cuba mengurung wanita itu dalam bilik bagi mengelakkannya terjun bangunan, namun Su Liu berjaya membuka pintu dan terus meluru ke tingkap.
Mereka bertindak mengurung wanita itu di dalam sebuah bilik bagi menghalang Su Liu terjun bangunan. Walaubagaimana pun Su Liu berjaya membuka pintu dan terus menuju ke tingkap. Nasib baiklah ranting dan dahan pokok menyelamatkannya.
0 comments:
Post a Comment