Saturday 7 June 2014
03:50 0

GEMPAR! Amah Mengamuk, Makan Anak Kucing Hidup-Hidup



Sibu- Seorang pembantu rumah bukan sahaja bertindak memakan anak kucing majikannya hidup-hidup, malah dia turut menggigit pokok hiasan. Tidak cukup dengan itu, lengan seorang anggota polis turut menjadi mangsa gigitan amah yang mengamuk ini di Sibu, Sarawak semalam.

Pada awalnya, si majikan menemui bangkai kucing miliknya dan mula menyoal amahnya. Sungguh mengejutkan apabila amahnya itu mengaku dia telah memakan haiwan itu sebelum mengamuk secara tiba-tiba sehingga majikannya terpaksa mengikat dan meletakkan dia di dalam kereta kerana bimbang keselamatan keluarganya.

Pada hari berikutnya, majikan tersebut membawa amah itu untuk membeli nasi ayam, walaubagaimana keengganannya untuk masuk ke dalam kereta menimbulkan kekecohan dan huru hara.

“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” kata majikannya

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian untuk menenangkan keadaan turut menjadi mangsa amukan amah tersebut. Amah itu bertindak meludah dan menggigit lengan salah seorang anggota mereka.

Amah tersebut dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

0 comments:

Post a Comment