Friday 2 May 2014
06:57 0

NGERI! Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13 Bangunan !


 DUA anggota bomba yang bertugas dalam misi menyelamat telah maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China pada waktu semalam.
Mangsa tersebut ialah Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah. Perkara ini sememangnya jarang berlaku di dalam kes Bomba di seluruh dunia.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu. Mereka berdua dianggap hero kerana berani mencuba untuk menyelamatkan keadaan.
Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.

0 comments:

Post a Comment