Saturday 19 April 2014
16:30 0

MESTI TENGOK! MH370: Pencarian Kini di Tahap Kritikal dalam masa 48 jam?



Berikut merupakan respons daripadat Pemangku Menteri Pengangkutan, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ini adalah kerana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) telah mengecilkan dan mengkhususkan kawasan kawasan pencarian. Ini merupakan saat-saat kritikal dan saat terakhir dalam misi pencarian iaitu selama 48 jam lagi.

“Ia adalah penting untuk kita memberi tumpuan kerana JACC dan pakar lain telah mengecilkan kawasan pencarian.

“Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari berada di satu persimpangan yang kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.

 "Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya.

“Jadi berdoalah kita mendapat sesuatu dalam beberapa hari yang akan datang,” katanya semasa satu sidang media di sini.


Hishammuddin turut menafikan laporan beberapa media bahawa kenderaan dasar laut Bluefin-2 akan mengambil masa antara enam minggu ke dua bulan untuk mencari keseluruhan kawasan dasar laut. “Ini tidak benar. Pencarian sepatutnya diselesaikan minggu hadapan,” katanya. Sudah lebih 40 hari nampaknya Malaysia telah kehilangan MH370. Mengenai terhempas pun masih belum pasti kerana tiada sekeping pun bukti yang boleh mengatakan bahawa MH370 itu terhempas ke dalam laut. Wallahualam

0 comments:

Post a Comment