Friday 18 April 2014
07:21 0

MESTI TENGOK! Isteri Pemandu Lori Ceritakan Detik Kemalangan Karpal Singh



Berikut merupakan hasil respons daripada isteri kepada pemandu Lori yang turut bersama dalam nahas kemalangan Karpal Singh. “Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat,” kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh awal pagi tadi. Kematian Karpal Singh sememangnya dirasakan oleh semua rakyat Malaysia.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, lori yang dipandu suami Nur Azlina Ahmad iaitu Abu Mansor Mohd berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.

Secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang. Rupanya kenderaan tersebut ialah milik Karpal Singh.

0 comments:

Post a Comment