Friday 18 April 2014
20:31 0

KES GEMPAR di MALAYSIA! Pelajar Bermasalah Bakar Bilik Guru Disiplin di Sekolah


Gempar pagi tadi serta kecoh di Sekolah Menengah area Kapar Selangor mengenai kes Bilik guru disiplin yang hampir musnah dalam kebakaran selepas beberapa individu tidak dikenali melontarkan satu objek dipercayai bermotifkan khianat semalam. Perkara ini sememangnya telah mengejutkan ramai pelajar serta guru-guru di seluruh Malaysia.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bilik guru disiplin yang terletak di tingkat bawah dikatakan tiba-tiba terbakar sebelum disedari pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.
Sebaik sahaja menyedari kehadiran api di bilik berkenaan, pengawal keselamatan bergegas masuk dan memadam api bagi mengelak merebak dan memusnahkan kawasan berhampiran.
Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.
“Sebaik melihat motosikal dinaiki kumpulan itu menghampiri pagar sekolah, dia (pengawal keselamatan) ternampak ada antara pemboncengnya membaling objek ke arah bilik disiplin yang terletak tidak jauh dari pagar berkenaan.” Berikut merupakan respons pak guard di sekolah itu.


Sumber : HarianMetro

0 comments:

Post a Comment