Sunday 13 April 2014
23:59 0

JOM TENGOK! Kesemua Waris mangsa nahas MH370 Bakal Jadi Jutawan !


Masuk hari ini genap 39 hari peristiwa kehilangan Pesawat MH370 yang masih lagi menjadi misteri. Walaupun dikatakan telah terhempas namun tidak semua yang percaya terhadap cerita itu kerana sehingga sekarang masih lagi tiada bukti yang menunjukkan bahawa MH370 terhempas di lautan hindi.

Nampaknya kesemua Keluarga waris kepada mangsa penumpang pesawat MH370 bakal menjadi jutawan segera jika kesemua mereka mengambil tindakan undang-undang ke terhadap Malaysia Airlines (MAS) dan memenangi kes berkenaan di mahkamah.

Pampasan yang akan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta.

Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan.

Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.

“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera. Semoga dengan pampasan insurans ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan keluarga mangsa MH370.


Di Ulas oleh - Anas Nazri
Sumber - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment