Monday 14 April 2014
20:21 0

JOM TENGOK! Bomoh Baru Pula Muncul, Dakwa Tahu Kedudukan MH370



Admin taktahu nak ulas macam mana pasal ini. Disebabkan ia tengah trending so admin post jugak pasal kisah ini. Tidak cukup dengan pelbagai kontroversi yang telah dilakukan oleh pelbagai bomoh-bomoh sebelum ini, kali ini muncul pula bomoh baru yang merupakan sepasang suami isteri. Pasangan yang berasal dari Bogor, Jawa Barat ini mendakwa mereka mengetahui di manakah kedudukan sebenar pesawat  MH370 yang masih belum ditemui sejak hilang pada 8 Mac lalu. Mereka berkata bahawa mereka telah dapat petunjuk mengenai kedudukan pesawat MH370 ini.

Bomoh tersebut ialah Fajar Sahari, 57 tahun memberitahu bahawa isterinya Winarti,51 tahun telah mendapat petunjuk terlebih dahulu selepas solat zuhur pada hari isnin, 17 Mac 2014 yang lalu. Di mana Winarti melihat sekumpulan orang yang berpakaian seperti juruterbang. Entah betul atau tidak Wallahualam. Nak dengar cerita boleh, percaya jangan. 

"Saya biasanya kalau dengan isteri saya akan bercakap guna bahasa Jawa, tapi kali ini kami guna bahasa Indonesia." 

Selepas mendapat petunjuk tersebut, dia dan isterinya bergegas mencari maklumat untuk mengesan kordinat sebenar pesawat tersebut. Sehinggakan mereka menggunakan applikasi Google Earth dan mendapat koordinat 7 - 47'47 .90 " -105.13 '39 .59 " yang berada di dekat laut lepas Vietnam. Maju jugak bomoh zaman sekarang ye? Hmm

"Keadaan pesawat tersebut masih utuh di bawah laut yang berarus deras, 239 penumpang masih berada di tempat duduk mereka." jelas mereka.

Fajar dikatakan telah pun memaklumkan tentang koordinasi yang mereka temui tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap pihak berkuasa boleh memeriksa titik berkenaan jika terdapat pesawat tersebut. Apakah respons anda? Adakah ini suatu kenyataan atau bomoh ini hanyalah mahu mendapatkan perhatian? kita tunggu je la.





0 comments:

Post a Comment