Tuesday 8 April 2014
06:58 0

GEMPAR! Bendera Israel dikibarkan di Sabah? Apa punca sebenarnya?



Gempar pada baru-baru ini mengenai Pengibaran bendera negara yang tidak diiktiraf iaitu Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran, Sabah sememangnya telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia sehingga dikecam hebat di laman-laman sosial serta media massa sekarang. Ramai yang tidak berpuas hati dengan insiden ini.

Insiden ini juga dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam yang menetap di Sabah. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel. Hal ini membuatkan ramai orang menjadi risau.


Punca sebenarnya ialah sebuah syarikat perfileman dari China yang sedang melakukan penggambaran filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) sejak seminggu lalu di resort berkenaan. Mereka menggunakan bendera Israel sebagai salah sebuah negara bersepadu di dalam filem tersebut.

0 comments:

Post a Comment