Saturday 15 March 2014
02:24 2

TERKINI dan Sah dari PM Datuk Seri Najib! MH370 Telah Dirampas. PM Sahkan Kapal Sengaja Dilencong Ke Laluan Baru !


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi telah mengesahkan kapal terbang milik MAS iaitu MH370 telah dilencongkan dengan sengaja ke laluan baru. Ini bermakna mungkin ia telah dirampas.
Walaupun Perdana Menteri tidak menyatakan secara tepat MH370 itu dirampas, tetapi Datu Seri Najib mengakui bahawa ada campur tangan secara sengaja telah menyebabkan kapal itu hilang daripada dikesan oleh radar.

Perdana Menteri Malaysia kita juga mengaku bahawa ia telah dilakukan dengan sengaja dan diterbangkan oleh beberapa orang pihak tertentu ke arah barat melintas semenanjung Malaysia.
Kata Najib Razak lagi, data-data yang dikumpul sudah memperlihatkan bahawa kapal terbang MH370 masih lagi berada di udara pada pukul 8.11 pagi yang merupakan perhubungan terakhir walaupun ia sepatutnya sudah mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.
Najib berkata lagi bahawa, siasatan MH370 ini kini lebih tertumpu kepada koridor utara di kawasan Kazakstan dan Thailand serta koridor bahagian selatan (iaitu di Negara Indonesia dan laut selatan India).

Penyiasat telah membuat sedikit rumusan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki pengalaman menerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas dan meng hijack kapal MH370, mereka mematikan alatan komunikasi dan telah mengubah haluan kapal terbang MH370 tersebut, menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los Angeles Times dan Associated Press.
Berikut merupakan lagi kata PM Negara kita mengenai perkara ini :

 “Ia sudah tidak boleh disangkal lagi,” katanya.

Sumber : MyNewsHub

2 comments: