Friday, 31 January 2014
16:04 0

PANAS! Yasmin Hani dikatakan syok sendiri? Kenapa ya?


PELAKON dan pengacara terkenal Malaysia Yasmin Hani menepis tuduhan dikatakan ‘syok sendiri’ apabila menyertai rancangan Selebriti Materniti, terbitan Blublack Production milik suaminya. Biar betul?

Selebriti Materniti merupakan sebuah dokumentari mengisahkan ibu-ibu mengandung dan penjagaan bayi. 

Yasmin Hani, 35, berkata, program itu diterbitkan untuk berkongsi pengalaman serta informasi berguna kepada penonton terutamanya golongan wanita.

“Saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

“Idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan sangat menarik dan berpotensi untuk dikongsi kepada umum dan memberi manfaat kepada orang lain,” katanya kepada mStar Online.

0 comments:

Post a Comment