Gara-gara isu kangkung, kini Malaysia menjadi terkenal di seluruh pelosok dunia, apabila portal buletin dunia yang terkenal iaitu, BBC menyiarkan isu tersebut di laman sesawang mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.
Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.
0 comments:
Post a Comment