Monday 27 January 2014
12:52 0

GEMPAR! Pelakon Handsome Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Kantoi Berkhalwat?


Terkini! pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta pada sekarang, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini menjadi sasaran individu tertentu apabila mereka didakwa telah berkhalwat tahun lalu. 

Hairul segera tampil kepada Metro Online untuk menafikan kebenaran khabar angin yang tersebar. Bagus kan Hairul Azreen ni?

“Saya betul-betul tak faham dengan sikap segelintir manusia? Apa masalah mereka sebenarnya? Benda (berkhalwat) memang tak ada nak jelaskan macam mana pula?”

“Saya lihat benda ini macam sengaja dicetuskan untuk provokasi dan merosakkan nama dan kerjaya kami berdua.” katanya.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 26, mengakui amat terkilan dan kecewa kerana turut menjadi mangsa fitnah individu tidak bertanggungjawab seperti mana beberapa rakan artis popular lain.

“Sekarang macam-macam benda orang tuduh saya. Dulu orang kata saya bergaduh dengan Dazrin dan bertumbuk dengan orang hanya sebab saya ada seni mempertahankan diri.”

“Ini kes khalwat pula dibangkitkan semula. Apa mereka tak fikir ke tuduhan itu mengaibkan saya dan membabitkan maruah kami dan keluarga?”

0 comments:

Post a Comment