Monday 27 January 2014
12:48 0

GEMPAR! Afdlin Shauki Nekad Berhenti Hasilkan Filem Tempatan? Kenapa ya?


Pengarah dan pelakon filem terkenal Malaysia hari ini, Afdlin Shauki telah membuat keputusan di mana filem Papadom 2 adalah filem terakhirnya untuk pasaran industri filem tempatan. Sabar ye Afdlin?

Afdlin juga turut menambah yang dirinya sudah tiada hati lagi untuk menghasilkan filem tempatan selepas ini.

Luahan hati Afdlin itu berpunca dari kekecewaannya selepas melihat filem Papadom 2 hanya berjaya menerima kutipan sebanyak RM620,000 dan dianggap paling teruk dalam sejarah kariernya sebagai anak seni sejak 15 tahun lalu.

Jelas Afdlin, sehingga kini dia buntu untuk mencari punca kegagalan Papadom 2 sedangkan dia menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada filem sebelumnya, Papadom.
“Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan.

0 comments:

Post a Comment