Kalau Mak tengok gambar ni mesti mak marah. Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh Diana Amir mengenai gambarnya yang berdiri di cerun gunung yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda semua, Diana Amir kini sedang hamil 5 bulan dan dia bersama suaminya Habib sedang bercuti di luar negara.
Percutian mereka berlangsung di Australia dan Diana Amir telah melawat pelbagai tempat menarik di negara yang popular dengan kangaroo itu.
Diana Amir juga ada berkongsi gambarnya sedang bercuti di laman sosial bersama peminat, namun ada sekeping gambar yang membuat peminat terkejut dan risau. Jom lihat gambar ini di bawah. Semua mesti cuak kan?