Saturday 22 February 2014
00:50 0

GEMPAR! Intan Ladyana Tak Rasa ‘Apa-Apa’ Masa Shah Iskandar Kucup Kepala


SEPERTI mana yang kita sudah sedia maklum bahawa pelakon Intan Ladyana yang cantik ini merupakan teman wanita kepada aktor berbakat, Kamal Adli.

Justeru apabila tersebar gambar aksi mesra antara Intan dengan seorang lagi pelakon iaitu Shah Iskandar, ia menimbulkan polemik di laman sosial. Gambar ini agak mengejutkan ramai orang.

Mengulas isu ini kepada sebuah akhbar tempatan, Intan menjelaskan bahawa gambar itu tidak seperti yang disangka.

Kata Intan, walaupun nampak seperti Shah Iskandar mengucup kepalanya tetapi mereka tidak bersentuhan sebenarnya.

“Shah Iskandar cium rambut saya? Tak kena kepala dan tak rasa apa-apa punlah,” demikian komen Intan Ladyana mengenai insiden ini.

0 comments:

Post a Comment